Saturday, August 22, 2009

teka-teki agak bodoh

mood: menunggu

hello blog readers....
harini nak bagi teka teki skit untuk semua...
my next post baru bagi jawapan.....




1. Banyak- banyak binatang... binatang apa keluar haid...

2. Dlm bnyk2 binatang... .. bntg ape yg bertelur dan beranak...

3. . Antara huruf A hingga Z , banyak2 huruf tu,mana huruf yang boleh kawin..

4. Ada 3 biji limau kemudian dibahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 orang..berape seorang dapat?

5. Kenapa Tayar belakang kereta botak dahulu dari tayar hadapan?

6. Ada sekor gajah dan sekor kancil,
berjalan2 dalam utan.
suatu ketika mereka terjumpa sebuah titi.
semasa kancil menaiki titi tersebut,
titi tersebut runtuh.
kancil telah patah kaki,
gajah pula patah... .

7. Banyak2 ikan,ikan apa yang pemalu?

8. Andai kata anda terjumpa mayat manusia dan bangkai haiwan,
yang mana satu anda tutup dulu?

9. Soalan matematik,
2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?

10. Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?

11. Ibunya diurut, anaknya dipijak.

12. Sungai apakah yang tiada air?

13. Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?

14. Burung apakah yang paling penyayang?

15. Kalau seorang, sendiri tau.
Kalau berdua,
dua-dua sama tau.
Bertiga,tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat.
Kalau berempat, lagilah tak tahu... apa dia?

16. Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

17. Kalau kapal terbang masuk gua keluar kat mana?

18. Scorpion color apa?

19. Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?

20. Anda menyertai perlumbaan.
Anda mengejar dan memotong orang yang kedua.
Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

21. Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?

22. Bom apakah yang tak pernah meletup?

23. lepas satu hilang, satu lagi hilang.
Akhirnya tinggal ibu yg malang.
Apakah itu?

24. emak anas ada 5 org anak.
Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi.
Siapakah anak kelima?

25. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?

26. Siapa yg mula2 buat burger? Org Melayu ke Org Putih?




0 comments: